tapi yang membuat ia sakit apabila mencintai orang secara diam-diam... apa yang menambah sakit lagi apabila orang yang kita cintai di dalam diam sudah berpunya... sakitnya hanya tuhan yang tahu... tapi aku hanya berserah pada takdir... jika takdir aku dan dia pasti suatu hari dia akan sedar kehadiran aku... dan aku juga turut merasakan bahagia... jika dia bukan jodoh aku aku yakin suatu hari nanti aku akan dapat melupakannya dan menganggapnya seperti tidak wujud di hidup aku lagi seperti mana yang aku tak pernah wujud dalam hatinya walaupun aku setia menunggunya.... hanya takdir yang menentukan segalanya...
aku hanya mendiamkan diri sahaja... biar lah hatinya aku simpan selamanya yang diizinkan jika sudah tidak diizinkan pastinya aku akan memulangnya kembali... kerana jika aku tidak memulangnya pasti aku yang akan sakit hati melihat dia bahagia bersama insan yang dia sayang.... kehadiran aku di dalam hidupnya tidak langsung memberi kesan terhadap dirinya.... baginya aku tidak wujud lansung didalam hidupnya.... aku penat... aku penat sebab menunggu orang yang tak tahu menilai cinta aku... tapi apakan daya aku hanya Miss secret admire nya sahaja...
takdir telah menentukan aku mencintainya secara diam-diam... kerana itu aku terima dengan redha... aku tidak akan menyalahkan takdir kenapa aku boleh mencintainya... sedangkan dia tiada iman yang kuat... yang mampu membimbing aku dia tiada rupa paras yang elok yang hendak dibanggakan dia tiada harta yang banyak.... tapi kenapa dia berjaya mengongcang jiwa dan mampu membuat aku mencintainya....
tiada apa yang mampu aku lakukan yang aku hanya mampu lakukan adalah mendoakan kebahagiannya dan cuba sedaya upaya aku untuk melupakannya.... jika diizinkan...
sampai disini sahaja aku berkongsi tetang diri aku... jika ada masa yang lapang pasti aku akan menulis lagi... Asalamualaikum... semoga ada kesempatan untuk menulis lagi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan