pemndangan yang indah

pemndangan yang indah
indah sungguh ciptaan mu

Jumaat, 14 Februari 2014

bahagiamu bahagiaku

bolehkah aku menjauhkan diri dari kau..... apakah aku kuat untuk melupakan kau..... setiap kali kau mengambil berat tetang diri aku .... setiap kali tu membuatkan aku semakin sayang terhadap diri kau..... aku tidak mampu untuk melupakan kau..... kau terlalu sempurna untuk aku.... biarlah seluruh  dunia mengata kau tak sempurna tapi kau sempurna di mata aku..... tapi sayang kau tak pernah menyedari yang aku menyayangi kau..... kau tak pernah menghargai aku walaupun sedetik pon..... adakah bila aku sudah menutup mata untuk selama lama dan tidak ada di dunia ini lagi baru kau akan sedar tentang diri aku.... tidak megapa lah.... jika kau sudah ada pilihan hati sendiri.... aku rela mengundurkan diri agar kau bahagia.....aku akn bahagia bila melihat kau tersenyum gembira dengan orang yang kau sayang..... kerana senyuman kau lah yang membuatkan hati aku cair dan lembut untuk menerima kau seadanya... tetapi kau tidak pernah menyedarinya....

Sabtu, 8 Februari 2014

aku harap kau bahagia

jika aku boleh melupakan sudah pastinya aku melupkan diri kau.... buat apa aku mecintai kau sepenuh hati jika kau tidak pernah untuk menghargai aku... buat ape aku menyerahkan seluruh jiwa dan raga aku tetapi tidak pernah dihargai.... tetapi untuk melupakan kau terlalu berat bagi aku..... sungguh aq tidak mampu untuk melupakan kau.... perkara itu terlalu berat untuk aku lakukan..... aku mengharapkan suatu hari aku akan dapat melupakan diri kau yang tidak pernah untuk menghargai aku walau sedikit pun...... itu yang aku harap kan.... dan aku harap kau bahagia bersama dengan pilihan hati kau....

Jumaat, 7 Februari 2014

jika ada jodoh

jika aku diberikan kuasa... akan aku guna kuasa itu untuk memiliki kau.... tapi itu semua hanyalah angan-angan semata-mata... aku hanya mampu berdoa yang kau akan jadi milik aku... biar lah cinta itu datang hati yang ikhlas bukan paksaan.... aku ingin memiliki cinta yang tidak dengan paksaan... aku sanggup menunggu walaupun seribu tahun jika diizinkan oleh Allah s.w.t.... aku hanya mampu memohon dari nya sahaja untuk pertemukan jodoh antara kau dan aku.... aku harap suatu nanti kau akan sedar tentang kehadiran aku dalam hidup mu..... jika jodoh antara kau dan aku tidak ada... aku akan mendoakan kau bahagia bersama  insan pilihan hati kau... amin....

Khamis, 6 Februari 2014

andai masa boleh aku undur

jika aku boleh undur kembali masa telah aku undur semula... kerana sifat bodoh aku yang tidak manghargai kau... aku telah kehilangan seorang lelaki yang terlalu menyayangi aku... yang sanggup berkorban apa sahaja demi aku dulu.... tetapi aku  tidak pernah untuk hargai kau.... malah aku tidak ingat kau pun semasa aku senang.... sungguh pun sikap aku begitu kau tak pernah untuk mengeluh atas sikap aku itu.... kau lah seorang lelaki yang terbaik pernah aku temui... aku megharapkan kau tenang dan aman disana.... jika aku diberi peluang untuk mengungkap perkataan aku sayang kau sudah pasti aku mengungkapkannya.... tetapi itu hanyalah angan-angan yang tidak akan pernah berlaku walaupun sekali... kau lelaki yang sangat jujur,baik,bertanggungjawab,amanah,setia dan sebagainya....ramai lagi perempuan diluar sana yang akan menyayangi kau daripada aku yang hanya mampu melukakan hati kau.... kenapa kau memilih aku untuk duduk didalam hati kau.... sedangkan aku sering melukakan hati kau... tapi kau tidak pernah sedih dihadapan aku.... kau kelihatan gembira sepanjang masa.... jika aku diberi peluang  sekali lagi tidak akan aku sia-sia kan kau lagi macam dulu yang pernah aku lakukan pada kau..... sekarang ini hanya kau yang ada di dalam hati aku.... sungguh aku menyesal atas perbuatan aku yang dulu... kini aku hanya mampu mendoakan agar kau tenang dialam sana dan semoga roh kau ditempatkan org2 yang beriman.... Amin rabbal alamin.....

#HARGAILAH DIA SEBELUM DIA PERGI MENINGGALKAN KITA

Selasa, 4 Februari 2014

kau yang terbaik

seorang perempuan ini suka seorang lelaki secara diam-diam tanpa pengetahuan lelaki itu mahupun sesiapa sahaja.... perempuan ini sungguh mengambil berat tetang lelaki ini tanpa pengetahuan lelaki ini... bila lelaki ini demam perempuan ni risau tapi lelaki tu tak tahu... walaupun mereka sering bergaduh tetapi perempuan ini gembira kerana dengan cara itu sahajalah perempuan ini terasa dekat dengan lelaki ini... tetapi lelaki ini langsung tidak tahu... bila lelaki ini ada masalah dengan pilihan hati ini pasti perempuan yang tolong selesai kan tetapi lelaki buat tak thu sahaja... lelaki ini tidak pernah hargai perempuan ini... yang dia tahu cari perempuan ini sewaktu susah sahaja...tetapi si perempuan ini tidak pernah mengambil hati tetang sikap yang ditunjukkan oleh si lelaki ini... perempuan ini sentiasa menunggu si lelaki... tanpa rasa jemu....tetapi suatu harisi lelaki ini telah accident dengan teruk sekali.... perempuan ini sangat risaukannya.... lalu pergi menziarahinya.... alangkah terkejutnya si perempuan ini bila mendapat tahu yang lelaki ini kehilangan banyak darah  jika tidak jumpa penderma secepat mungkin... berkemungkinan lelaki ini akan meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya... apabila mendengar begitu perempuan itu segera menawar diri kerana jenis darah si perempuan ini addalah O positif....  tetapi jika perempuan ini memdermakan kepada si lelaki ini berkemungkinan perempuan ini akan kehilangan banyak darah dan akan memudaratkan dirinya juga.... tetapi perempuan itu tidak mendengar apa yang dikatakan doktor.... perempuan itu tetap dengan pendiriannya akan menyelamatkan nyawa si lelaki ini walaupun nyawanya yang tergadai.... selepas pindahan darah itu keadaan lelaki semakin sestabil tetapi masih dalam koma... lelaki tiu dalam keadaan stabil tetapi perempuan itu tidak setelah pindahan darah dilakukan perempuan itu semakin lemah kerana kekurangan darah yang terlalu banyak... perempuan itu perlukan penderma lain untuk menderma untuknya... tetapi terlalu sukar kerana darah jenis O positif tidak banyak yang ada... kerana tidak ada yang menderma perempuan itu mampu untuk bertahan lagi... dan akhirnya dia pergi meninggalkan dunia ini tanpa pengetahuan lelaki itu kerana lelaki itu masih dalam koma.... sebelum kepergian perempuan itu.... perampuan itu telah menuliskan sepucuk surat agar diberikan selepas si lelaki itu sedar dari koma.... setelah seminggu permergian perempuan itu lelaki itu baru sedar dari koma... setelah beberapa hari di hospital lelaki itu telah dibenarkan keluar dari hospital... sesampai sahaja di rumah mak kepada si lelaki ini memberikan sepucuk surat kepada si lelaki ini.... si lelaki ini mengambil surat itu dan terus berlalu masuk kebilik... setelah sampai dibilik lelaki ini terus mengunci pintu bilik dan duduk di katil nya sambil membaca surat tersebut.... jatuh air mata lelaki itu bila membaca surat itu..... 

"awak semasa awak membaca surat ini saya sudah tidak ada didunia ini lagi.... awak janganlah sedih saya pergi ya.... awak selama ini saya memang sukakan awak dan sayangkan awak... sehinggakan saya sanggup buat apa sahaja untuk awak.... bila awak sakit saya risau... bila awak sedeih saya pun sedih... bila awak gembira saya pun gembira....awak jaga diri elok-elokya.... saya harap dengan mengalirnya darah saya di dalam badan awak... saya sentiasa ada didalam hati awak.... awak lepas ni kalau sakit makan ubat tau biar cepat sihat.... sebab lepas ni saya dah tak boleh nak jaga awak lagi.... awak bila saya pergi nanti awak jangan nangis kerana saya dah tak mampu untuk mengelapkan air mata awak dan membuat awak tersenyum kembali.....awak kalau awak nak tahu sejak awal pengenalan kita saya sudah sukakan awak..... tetapi saya hanya diam kan sahaja..... kerana saya tidak mahu awak membenci diri saya..... awak saya harap saya sentiasa dihati awak sebagai sahabat sejati.... saya harap awak bahagia ye.... awak bile saya takde... awak sedekahkanlah Al-Fatihah pada saya biar saya tenang di alam sana....  selamat tinggal awak....


jatuh tak tertahan airmata lelaki itu....sungguh dia tak sangka begitu besar pengorbanan perempuan itu atas dirinya....didlam hati lelaki itu berkata "awal maafkan saya kerana tak pernah sedar yang awak menyayangi saya sepenuh hati awak... awak sanggup mengadaikan nyawa awak demi saya.... mulai sekarang dengan mengalirnya darah awak dalam badan saya.. hanya awak yang ada didalam hati saya sebagai seorang yang sangat istemewa dalam hidup saya...saya mengharapkan awak tenang sahaja disana...." beakhirlah kisah hidup mereka.... lelaki itu sangat menyesal.... dan mengharap agar masa boleh diundur kembali.... tetapi itu hanyalah angan-angan sahaja.....

#hargailah orang yang betul menyayangi kita sebelum orang itu pergi buat selama-lamanya....

*cerita ini lebih kurang sama dengan  cerita kehilangan... cuma ada beza sedikit sahaja.... 

kehilangan

aku sungguh bertuah kerana mendapat sahabat sebaik kau yang tak pernah tahu erti jemu untuk berkawan dengan aku.... kau sahabat yang paling baik pernah aku jumpa kerana kau lah orang yang sentiasa ada disisi aku semasa aku susah ataupun senang... kau sahabat yang terlalu mengambil berat tentang aku sampaikan setiap hari kau akan mesej aku untuk pasti yang aku sudah makan sihat ataupun tidak... kau lah satu-atu orang selain keluarga aku yang mengambil berat tentang aku sampaikan sakit aku pun kau nak tahu... jika aku sakit kau akan sentiasa mengingatkan aku untuk makan ubat kau kata kalau aku makan ubat aku akan sembuh... itulah kau selalu kata jika aku sakit... kau sentiasa memberikan aku semangat jika aku kecewa... tidak pernah sekali kau membuat aku sedih dan kecewa... jika aku sedih kau lah orang yang selalu membuat aku tersenyum kembali.... tetapi aku tidak pernah untuk menghargai semua itu... aku sering sahaja melupakan kau sewaktu aku senang dan aku akan cari kau semula semasa aku susah.... aku tidak pernah sekali menghargai apa sahaja pemberian kau kepada aku... tetapi kau tidak pernah nak marah aku sungguh pun aku bersikap begitu pada kau...kau akan sentiasa menunggu aku jika ada masalah kau akan menyelesaikannya jika aku suka terhadap orang lain kau lah orang tangahnya tetapi aku tidak pernah menghargai itu semu.... sehingga sampai suatu saat aku mendengar berita kau dimasukkan hospital kerana kemalangan jalan raya yang amat mengerikan... kau amat kritikal sangat.... semasa kau koma dan tidak sedarkan diri aku merasakan kehilangan sesuatu yang berharga tetapi aku tidak tahu apa itu.... sehingga hati aku terdetik untuk pergi ke tempat yang kau selalu pergi iaitu di tepi laut.... sesampai sahaja aku disitu aku ternampak sebuah kotak berwarna merah terletak disitu... aku dengan segera kesitu.... lalu aku membuka kotak itu.... alangkah terkejutnya aku melihat isi kandungan didalam kotak itu...sungguh aku tak sangka yang kau menyukai aku didalam diam di dalam nota itu kau coretkan untuk aku "wak... saya tak pernah marah kan awak walaupun sekali.... kerana saya sangat menyayangi awak sebagaimana saya menyayangi kedua ibu bapa saya... awak walaupun awak tidak mencintai saya tapi saya tetap mencintai awak... saya sentiasa menunggu awak.... awak jika saya sudah tidak ada didunia ini lagi saya harap awak jaga diri awk baik-baik ye...  masa itu saya tak mampu nak jaga awak kerana saya sudah tidak ada didunia ni lagi tau....awak saya harap jika saya pergi untuk selama-lamanya awak jangan menangis ya kerana semasa itu saya tak mampu untuk bangun dan mengelapkan air mata awak itu dan saya tak mampu lagi membuatkan awak tersenyum lagi....  awak sampai bila-bila pun saya akan tetap tunggu awak... sungguh hati saya takkan pernah berubah wak.... saya sayang awak selamanya..."  setelah aku membaca nota itu baru lah aku sedar yang aku telah mengabaikan orang yangterlampau menyayangi aku... sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi aku... aku menangis teresak-esak mengingat kisah lama jika aku menangis seperti ini kau lah orang yang selalu menghiburkan aku tapi sekarang sudah tidak ada orang yang ingin menghiburkan aku... tiba-tiba telifon bimbit aku  berbunyi dan aku menjawab.. alangkah gembiranya apabila mendengar berita yang kau telah sedar diri... tanpa melengahkan masa aku terus pergi mendapatkan kau.... setelah sampai di hadapan kau dengan air mata aku menitik lalu aku bebicara dengan nada yang sendu... 

perempuan: awak saya mintak maaf kerana selama saya telah melukakan hati awak tanpa saya sedar...

lelaki:hey... kenapa awak nangis nie... saya tak sukalah awak nangis-nangis ni.... awak saya dah lama maafkan awak... awak boleh tak tolong belikan air... air dalam nie dah abis lah...

perempuan:baiklah awak tunggu sekejap ye....

       beberapa minit kemudian aku kembali dan membawa air...setelah minum aku bebicara lagi....

perempuan:awak kenapa awak tak pernah jujur ngan saya tentang perasaan awk terhadap saya...
lelaki:awak saya taknak sebabkan perasaan suka saya...kat awak...  awak akan benci saya...jadi biarlah saya pendam sahaja perasaan saya nie... saya melihat awak tersenyum itu cukup membahagiakan saya....
      

           setelah mendengar kau kata begitu aku meminta diri untuk solat... setelah kembali dari solat alangkah terkejutnya aku kerana kau telah pergi dari hidup aku untuk selama-lamanya.... semasa itu lah aku menangis semahu-mahunya... semasa itu baru aku terfikirtentang jasa-jasa kau pada diri aku... sungguh aku tak terbalas jasa kau.... sekarang bertapa menyesalnya aku kerana tidak pernah menghargai kau....andai dapat aku undurkan masa itu akan aku hargai diri kau... tetapi sayangnya masa tidak boleh diundur kembali.... hanya dapat aku kirim kan Al-fatihah untuk dirikau semoga roh kau ditempatkan di orang-orang yang beriman... amin...


#HARGAILAH ORANG YANG MENYAYANGI KITA SEBELUM DI PERGI UNTUK SELAMA-LAMANYA.....