pemndangan yang indah

pemndangan yang indah
indah sungguh ciptaan mu

Ahad, 28 September 2014

MY CRUSH MY PATIENT MY HUSBAND


        "arh ... tension aku weh.... asyik... asyik jumpa dia ni...apa dah tak ada org lain kat sekolah ni aku nak   jumpa... menyampah betul aku lah" bebel ku kepada Icha setelah aku terserempak dengan Arif.                     "ilek arh jangan menyampah sangat nanti kau suka kat dia... baru tahu...." kata Icha kepadaku.                    
                                                                                                                                                                 
     " banyak lah kau... aku lagi aku form 1 tak suka kat dia tau walaupun dia tu member abang aku.. aku      tetap tak suka dia...." jawab ku dengan selamba kerana sememangnya aku tak suka pada dia. "yelah Ti        oii...entah-entah dalam hati dah berbunga-bunga sebab jumpa ngan dia kan...." kata Icha dengan nada yang   ingin memerli aku.
     "tak ada maknanya... dia malapetaka tahu tak..." jawab ku selamba.tapi yang sebenarnya aku tidak tahu ape sebenarnya yang aku rasa. Aku tak tahu samaada aku benci dia ataupun sayang dia. biar lah aku malas nak fikir. Dari aku fikir pasal dia baik aku fikir pasal pelajaran. 

                                                             selepas beberapa minggu                                                            
       dah seminggu aku tak teserempak ngan  Arif  mana dia ya.Sakit ke hish asal aku fikir pasal dia ni.Takkan lah aku suka kat dia kot. Tak kan sama sekali aku suka kat dia. "weh Ti asal kau asyik termenung je ni teringat kat sape... teringat kat Arif ke..... ha mane dia dah seminggu gak aku tak nampak dia... lau tak asal sebut je muncul... heran betul aku." Tanya Icha padaku dengan muka yang pelik sebab dia tak nampak Arif sudah seminggu.
     "mana de apa apa... pulak aku nak teringat kat si Arif tu... memang tak arh....  mana lah aku tahu.... maybe gi kem kot... biase setiap form 6 untuk tahun pertama wajib  gi kem...and lagi satu lau dia tak da lagi bagus takde lah asyik mengadap muka dia je... nak makan un tak senang tau... tgk mcm sekarang dia tak ada kan senang aku nak makan..." jawabku dengan senyuman dalam masa yang sama otak aku ligat berfikir kemanakah Arif pergi.
     "yela tu.... tiba-tiba kan dimuncul lagi tepi situ pastu dia lalu belakang kau pastu dia duduk tepi kau ... wah syok tu... hahahaha" kata kawan aku terus menarik muka masam. "alalala... jangan masam-masam ni... lau masam-masam aku panggil Arif suruh pujuk..." kata kawanku lagi sambil ketawa.
   "wak lu..takkan nya sebab dah hampir seminggu dia tak ada so aku tak payah risau lah kan..." jawabku. Sambil meminum air dan dengan tiba-tiba nya apa yang dikata kan Icha sebentar tadi  benar belaka dan aku secara automatiknya tersedak. "eh kau ni dah kenapa tiba tersedak ni..." tanya Icha kepadaku. "he mulut kau ni betul masin kan... kau tengok tu tiba-tiba si Arif leh muncul tempat yang kau cakap tadi...." kata ku kepada Icha dan dengan tidak semenanya dia duduk sebelah aku.... "kan betul aku cakap... padan muka kau... tengok ha sampai tersedak sedak kau ya... sian kau..." ejek Icha terhadapku. Aku pandang kearah Arif dan dia pandang kearah ku kami bertentangan mata. lalu dia senyum kepadaku dan aku juga membalas senyuman itu. Dan setelah itu aku segera mengajak Icha beransur pergi dari situ.... dalam perjalanan ke kelas... "amboi....amboi bertentangan mata ya korang... so sweet......"kata Icha padaku 'ke situ pulak minah ni... sweet bendanya kau tak tau bagai nak gugur jantung aku tadi masa bertentangan mata....' kata ku dalam hati. "banyaklah kau sweet.. tak sweet lansung...." jawabku. aduhai hati adakah aku dah jatuh hati ngan mamat ni pulak. Ya aku rasa dah jatuh hati kat mamat sorang ni. 'macam mana aku boleh jatuh hati ni....  dah lah member abang sendiri... aduh berat...berat...' kataku dalam hati.

                                                               setahun kemudian                                                                        
                                                                          
      kini sampai lah aku ke tahun yang mendebarkan. Tahun peperangan iaitu SPM. Tahun ni aku kena nekad untuk belajar bersungguh-sungguh kerana aku ingin menjadi seorang doktor yang berjaya dan genaplah setahun aku memendam perasaan aku terhadap Arif tetapi dia tak pernah megetahui. Tetapi kawanku Icha sudah mengetahui perkara ini dan selalu juga aku dijadikan bahan untuk membuat lawak. Tapi aku tak kesah kerana tidak ada seorang pun yang tahu. "amboi tak berkelip mata kau pandang buah hati kau ya... sampai aku kat sini pon diabaikan..." perli Icha kepadaku "yela aku pandang senyuman dia tu boleh buat kan aku cair tau... kau apa tahu.... kau pergi je lah date ngan buah hati kau tu... buah hati ada kat sebelah je pon...." jawabku.  "oi....oi. amboi kalau dah pandang buah hati dia tu semua orang dia lupa tau... dah dah lah tu.... awak  teruk betul penyakit kawan awak ni...'' Amirul merangkap teman baik ku dan satu kelas ngan Arif dan juga Buah hati Icha menjawab. "tau takpe... tulah dulu benci skang dah suka... over lah pulak.... " sampuk Icha. "amboi...amboi korang mengutuk aku no.1 ya.... suka hati aku la... dah jomlah kita naik kelas da bunyi loceng dah tu...."jawabku mereka berdua mengikut ku. "weh jangan lupa tau kirim salam kat Arif tu...." pesan ku terhadap Amirul sebelum berpisah."yela nati aku kirim salam" jawab Amirul.       
                                                                     kesokkan harinya                                                                 

       "weh.. jom lah gi beli makanan kat luar tu... lapar lah..." ajak Icha. dan aku hanya mengikut sahaja. dalam perjalanan nak beli makanan tu aku ternampak Arif sedang bermesra dengan seorang perempuan. "weh Ati... kau tengok si Arif tu... dh ada awek unn nak bermesra dengan perempuan lain lagi... dasar playboy..." kata Icha. 

     "biar lah dia...playboy-playboy dia aku jugak yang suka kat dia" jawab ku dengan senyum supaya dapat menyorokkan rasa sedih dalam hati aku ini. Aku tidak mahu kawan baik ku tahu yang aku sedang bersedih. "kau takkan rasa pape... bila dia bermesra dengan perempuan lain.." tanya Icha. 

     "kau ni... aku bukan awek dia... buat apa nak cemburu... lain lah aku ni awek dia... aku ada hak nak cemburu.." jawab ku dengan selamba agar Icha tidak mengsyaki apa-apa kesedihan yang ku alami sekarang. "yela Ati... kau ni kan susah betul aku nak tafsir kau lah... nak kata kau sedih tapi aku tengok kau bahagia... apa-apa aja lah Ati... aku harap kau tak tipu perasaan kau sendiri..."

    Aku hanya senyum. setetah membeli makanan aku dan Icha masuk ke kawasan sekolah balik. Kerana kami ingin belajar disebabkan SPm makin hampir. 

    "weh Ati... kenapa aku tengok kau ni lagi tadi diam je... ke kau cemburu tengok Arif tadi baik kau jujur dengan aku" tanya Icha. "ye lah... aku jujur... ya memang aku cemburu tapi apa aku boleh buat aku bukan siapa-siapa bagi dia" jawab ku dengan nada yang sedih. " hmm... sabar jelah... sekarang ni lebih baik kita fikir kan pada pelajaran... kau kata kau nak jadi doktor kan... so sekarang ni... lebih baik kau fikirkan cita-cita kau... okay" nasihat Icha. aku senyum dan mengangguk.
                                                        setelah keputusan Spm keluar                                                                                 
      sungguh gembira hati ini kerana mendapat straight A+ dalam SPM ku dan selepas ini boleh aku sambung belajar dalam bidang perubatan. "Ati tahniah... kau memang  pandai.... tengok straight A+ tau..." kata Icha terhadap aku. "thanks... Alah kau un sama kan... kita sama -  sama dapat straight A+ kan...... so lepas ni kau sambung kat mana plus nak jadi apa..." jawab ku...
    "aku rasa nak sambung belajar pastu aku nak masuk polis... Nak berkhimad untuk negara... kau pulak???" jawab Icha dengan semangatnya.... "aku pulak sambung belajar dalam bidang kedoktoran... aku nak jadi doktor yang berjaya... nanti kau sakit leh lah aku rawat...." jawab ku.
                                                              beberapa tahun kemudian                                                             
       sekarang ini aku sudah berjaya mendapat segulung ijazah dalam bidang perubatan dan kedoktoran di universiti Malaya dan sekarang ini aku sudah menjadi doktor selama 5 tahun. Aku telah menjadi pakar di hospital pantai.Di usiaku menjejak ke 28 tahun aku masih lagi tak kahwin bukan taknak belum jumpa calon yang sesuai  "hmm doktor... ada Patient lah doktor..." kata misi yang bertugas kepada ku "okay kamu ambilkn saya fail patient dan segala maklumat lepas tu suruh dia masuk jumpa saya ya" arah ku terhadap misi itu dan memberi sebuah senyuman.
       Macam ni lah kerja doktor tak pernah nak habis sentiasa sibuk. Tu yang tak ada jodoh lagi dah  asyik selamatkan nyawa pesakit je sampai tak de masa untuk diri sendiri.  Tiba - tiba aku mendengar ketukan pintu lalu aku menyuruh nya masuk dan orang itu merupa kan patient aku. Bila aku lihat muka lelaki ini aku teringat akan seseorang tetapi siapa. Aku melihat nama dia dalam profile pesakit ialah Mohamad Faizal Arif. Ya aku baru ingat dia ialah crush aku dulu tidak aku sangka yang sekarang ini dia menjadi patient ku. sebab semasa dia masuk hospital tempoh hari. aku bercuti panjang jadi aku tidak merawatnya tetapi sekarang ya.Aduh dah nasib terima je lah aku melemparkan sebuah senyuman kepadanya.                     
    "asalamualaikum cik Arif... silakan duduk.." aku menyapanya. "wa'alaikumusalam Doktor... terima kasih." dia menjawab sambil tersenyum. 'aduh dia senyum pulak... wahai hati sabar lah ya.... be profresinal... okay..' kata ku dalam hati.
    "macam mana keadaan cik sekarang adakah sakit perut tu datang lagi..." tanya ku. "yup... dia masih lagi datang dan kali ni makin teruk... setiap hari mesti dia datang menyerang..." jawab nya dengan tetliti. aku hanya mengenggukkan kepala. aku membaca analisis yang dibuat oleh hospital sewaktu dia dimasukkan kehospital. 
   "sekejap ya... saya tengok dulu keputusan Ultra Sound cik tempoh hari..."   dia hanya mengangguk. setelah aku melihat keputusan itu aku berasa pelik kenapa sewaktu dia dimasukkan wad tempoh hari tidak ada analisis yang mengatakan dia disyaki menghidap apendiks. Tetapi didalam ultra sound ini ada. 
    "hmm cik... masa cik masuk wad tempoh hari ada tak dia orang kata ngan cik yang cik ni apendiks or everythings..." aku bertanya padanya. "tak ada..." jawabnya. "tak ada... hmmm..." aku mengulangi ayat itu dengan nada yang pelik. "ya tak ada doktor... kenapa ya?"  Tanya kepada ku. 
   "okay macam apa yang saya lihat dari keputusan ni cik... disyaki menghidap apendiks... apendiks cik semakin membengkak... dan cik harusnya segera di bedah..." terang ku dengan jelas. " apa!!! tapi kenapa masa saya masuk wad tempoh hari diaorang tidak ada kata apa mengenai ini..." dia tanya dengan nada yang terkejut.
   "saya tidak tahu... tapi cik mesti dibedah dengan segera kalau apendiks tu dah pecah berkemungkinan dia boleh membawa maut."terangku lagi. "baiklah doktor saya setuju.. saya sanggup di bedah... cuma satu je saya pinta boleh tak sebelum saya sains borang pembedahan tu doktor tukar panggilan doktor pada saya... doktor panggil lah saya macam doktor panggil dulu..." pintanya. Aku hanya senyum. "baiklah abang... dan abang un... tak boleh panggil orang doktor... okay... " pinta ku dengan memberikan dengan senyuman.
   "baiklah Ati... kat mana yang abang kena sain..." tanyanya... aku mengeluarkan borang dan menyuruhnya menyain disitu.
     setelah itu aku menyuruhnya untuk keruangan sebelah kerana hendak memasukakan jarum.dihanya mengikut sahaja. Aku melihat dia pergi dan dalam hati aku berkata 'abang kenapa abang harus sakit.... sungguh orang tak mampu melihat abang sakit...' 
       "amboi doktor berabang bagai ada apa-apa ke doktor...hmm tak lama lagilah saya dapat makan nasi minyak ni...." kata misi itu sambil tersenyum macam kerang busuk. Mentang-mentang lah aku ini tidak kesah  orangnya asyik kena je lah. Walaupun aku boleh dibawa bergurau tapi dalam hal pekerjaan atau melibatkan nyawa pesakit aku akan bertegas kerana itu memang tugasku. 
   Mereka semua tidak kesah kerana mereka faham nyawa pesakit adalah penting. "banyaklah awak... dia kawan abang saya jelah... " jawabku dengan tersenyum. "yeke doktor... mana tahu nanti dia jodoh doktor ke.... kan... merasa lah saya dapat makan nasi minyak doktor.... doktor pun umur dah 28 tahun kan...." jawabnya kembali. "InsyaAllah kalau ada jodoh saya kahwinlah...." jawabku dengan senyuman.setelah itu misi itu pun berlalu pergi.
   Dalam asyik termenung mengingatkan crush aku  tiba-tiba lamunan aku tersentak kerana bunyi ketukan pintu. Aduhai siapa lah pulak ni sibuk je aku tengah berangan potong betullah. "masuk" kata ku... "doktor tolong patient doktor tu susah nak jumpa urat.... doktorkan pandai....." kata jururawat itu sambil tersenyum macam kerang busuk je. Diorang ni memang kalau tak boleh je cari aku... "tunggu sekejap..."jawab ku.   
     untuk pertama kali aku kena menghadap muka crush aku dan kena pegang tangan dia. Aduh diaorang kenapalah dalam banyak-banyak patien. Patient yang ni jugak korang susah nak cari urat dia. Aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang doktor dengan profesional aku tidak akan campur masalah peribadi dengan kerja.  Aku berusaha mencari urat supaya dapat masukkan jarum degan betul. Aduh memang susah nak cari urat dia ni lah. nama je kurus tapi susah nak cari  pening-pening. Cari punya cari akhirnya jumpa juga. 
    "jangan panggil doktor atiana lah kalau tak jumpa urat walau macam mana susah sekalipun" puji salah seorang jururawat itu kepadaku. aku melihat Arif pulak tersenyum sahaja.. memang lah kat mulut aku pangil Faizal tapi di dalam hati ini Arif... "ada ada je kamu semua ni lah.... dah kamu tolong hantar patient ni ke wad ye.... pasti kan patient pukul 12 malam dah tak makan and minum okay... sebab besok patient ada opratetion apendiks pukul 10.00 pagi ya  " jawab ku dengan sedikit perasaan malu.  
                                                           keesokkan harinya                                                                            
     sekarang ini  Arif dalam dewan bedah bagaimanalah keadaan dia ya aku tidak terlibat dalam pembedahan itu kerana semasa itu aku tidak bertugas aku bertugas pada pukul 11.00 pagi. Dan sekarang ini lagi 1 jam sahaja pembedahan itu sudah selesai aku harap dia selamat. Aku harap semasa aku merawat dia aku boleh kawal perasaan aku. 'ya Allah kau kuatkan lah hati aku untuk merawat orang yang pernah aku sayang dahulu' 
     setelah selesai pembedahan itu aku segera  bertemu dengannya kerana itu memang tugas ku. Aku ingin mengetahui keadaan nadinya darahnya dan sebagainya adalah dalam keadaan stabil semuanya. Alhamdulillah setelah aku memeriksa semuanya dalam keadaan stabil. Dan telah ku khabarkan berita terhadap keluarganya. keluarganya amat bersyukur sekali termasuklah aku sangat bersyukur sekali. 'Ya Allah terima kasih kerana telah menyelamatkan orang yang aku sayang....' 
      "hmm makcik... Kak Nina mana bukan dulu dia bercinta dengan abang Arif  ke..." tanya ku terhadap maknya. "sekarang tak lagi nak.... Nina tanpa sebab tinggalkan Arif... masa Arif kehilangan Nina dulu mahu separuh gila jugalah dia... tapi lama kelamaan dia sudah terima kenyataan yang dia dan Nina tak ada jodoh... tapi mak cik tak salahkan Nina atas semua yang terjadi... mungkin ni hukum karma sebab dulu Faizal banyak melukakan ramai hati perempuan..."jawab maknya dengan bernada sedih. 
     "sabarlah makcik mungkin ini semua ada hikmah disebaliknya..... " jawabku dengan tenang. Ya aku akui yang dulu Arif memang seorang Playboy. Tetapi sejak dia kenal Nina dia telah berubah seolah-olah Nina itulah cinta terakhirnya. 
      "macam mana keadaan abang  hari ini adakah semakin okay" aku bertanyakan kepadanya. "alhamdulillah atiana.... semakin sihat sekarang ni... terima kasih Ti sebab tolong abang..."  katanya. " sama-sama bang. Tapi Ati hanya menjalankan tugas Ati sebagai seorang doktor sahaja apa yang Ati mampu tolong Ati tolong  yang selebihnya berserah pada Allah bang....." jawab ku dengan penuh senyuman 
     "Ati sudi tak Ati menjadi suri hati abang dan menjadi doktor untuk abang selama-lamanya... sungguh abang sayangkan Ati"  katanya itu membuatkan aku terkejut kerana tak sangka orang yang aku sayang dulu sedang melamar aku. "abang betul ke apa yang abang cakap kan ni..."  tanya ku kepadanya kerana ingin kan kepastian.  "Ti abang tak pernah nak main-main soal ni semua tau abang betul series ni...." jawapnya dengan bersungguh-sungguh.  "baiklah bang Ati terima...."  dengan jawapan itu telah mengembirakan hati semua orang termasuklah hati aku sendiri. 
                                                      selepas perkahwinan                                                                          

     
    Tak sangka aku orang yang aku sayang dalam diam dulu sekarang telah menjadi suami aku. Siapa sangka bermula dengan kebencian dan beakhir dengan rasa sayang. Betullah orang cakap benci benci lama lama jadi sayang.
   "sayang... apa yang duk termenung tu... sayang boleh tak abang tahu sayang start sayang kat abang bila.... kalau abang .... abang start sayangkan sayang waktu sayang pegang tangan abang untuk mencari urat dulu... masa tu kan jantung abang ni dah macam nak gugur dah...." tanya nya kepadaku... 
   "sayang... start suka and sayang kat abang masa sayang form 4 tau masa tu abang  6b2 ... sayang ni lagi lama tau....  tapi tu lah sayang betul-betul tak sangka yang abang ni jodoh sayang... masa abang wat pembedahan pon hati sayang ni tak menentu tau....." jawabku dan Arif telah memelukku dari belakang.
     "sebenarnya abang dah tahu lama dah yang sayang ni suka kat abang... tapi abang tak layan sebab abang tak nak bagi harapan kat sayang... dan masa tu abang still bercinta dengan Nina lagi....." aduhai malunya aku dah tahu rupanya. 
      
      "ooo....sedih tau masa tu abang tak layan sayang....  bila ngan Kak Nina komaen mesra lagi." kata ku dengan berpura-pura mengajuk  lalu dia menarikku terus dalam dangkapannya dan melepaskannya lalu dia pandang tepat keanak mataku.
       "sayang... itu kisah lama... dulu ya Nina yang berada didalam hati abang tapi sekarang ni sayanglah satu-satunya didalam hati abang tau...." katanya dengan lembut sekali  lalu aku memeluk dan kini aku rasa sangat bahagia...... melayari bahtera  kehidupan dengan seorang insan yang aku sayang yang bernama Faizal Arif. 
     "wahai Raja Nur Atiana... sungguh abang mencintai mu... abang harap moga perkahwinan yang kita bina ini kekal dan abadi......" katanya dengan lembut sekali. "wahai Mohammad Faizal Arif insan yang akan sentiasa berada di hati ini selagi hayat dikandung badan." balasku dengan lembut sekali. 


    "sayang boleh tak abang  tanya sayang... tapi sayang jangan merajuk okay...." tanya nya dengan perlahan.. Takut sangat aku merajuk padahal dia yang kuat merajuk. "okay apa dia...." jawabku dengan lembut sekali.  
       sambil menikmati pemandangan yang indah di cameron ini untuk pengetahuan kamu semua kami kini sedang berbulan madu. "Rayyan tu sape dihati sayang ya.... ialah masa abang sekolah dulu dalam banyak-banyak  lelaki yang sayang rapat... dialah yang paling sayang rapat sekali abang tengok....." tanya nya dengan lembut sekali sambil memeluk ku. aku mengangkat muka aku dan pandang ke arah wajahnya. 
     "Rayyan itu cinta pertama sayang... tapi dia tak pernah tahu...yang saya.. sayang dia sangat-sangat...." jawab ku. "owh... jadi dia cinta pertama sayanglah... patut lah rapat semacam dulu..... jadi sekarang ni sayang... still lagi sayangkan dia ke...." tanya nya dan ada sedikit nada yang sendu aku dia sedi dan aku tatap wajahnya dan memeluknya sambil berkata. "abang ... Rayyan memang cinta pertama sayang dan cinta pertama memang sukar dilupakan... tapi abang adalah cinta terakhir sayang.... yang sayang akan sayang untuk selama-lamanya selagi hayat dikandung badan... dan kerana abanglah sayang dapat lupakan Rayyan...." dia memeluk aku dengan erat dan mecium dahi aku dan aku sangat bahagia sekali. aku mengharapkan kebahagian aku ini berkekalan hingga akhir hayatku  amin.
-TAMAT-   


   
 # kadang-kadang apa yang kita mahu tidak dapat... dan kadang-kadang juga apa yang kita mahu kita dapat.... itu semua telah tertulis di luth mahfuz kita.... kita redha dengan apa yang terjadi sekali pun... itu adalah sebaik-baiknya... InsyaAllah