aku sungguh bertuah kerana mendapat sahabat sebaik kau yang tak pernah tahu erti jemu untuk berkawan dengan aku.... kau sahabat yang paling baik pernah aku jumpa kerana kau lah orang yang sentiasa ada disisi aku semasa aku susah ataupun senang... kau sahabat yang terlalu mengambil berat tentang aku sampaikan setiap hari kau akan mesej aku untuk pasti yang aku sudah makan sihat ataupun tidak... kau lah satu-atu orang selain keluarga aku yang mengambil berat tentang aku sampaikan sakit aku pun kau nak tahu... jika aku sakit kau akan sentiasa mengingatkan aku untuk makan ubat kau kata kalau aku makan ubat aku akan sembuh... itulah kau selalu kata jika aku sakit... kau sentiasa memberikan aku semangat jika aku kecewa... tidak pernah sekali kau membuat aku sedih dan kecewa... jika aku sedih kau lah orang yang selalu membuat aku tersenyum kembali.... tetapi aku tidak pernah untuk menghargai semua itu... aku sering sahaja melupakan kau sewaktu aku senang dan aku akan cari kau semula semasa aku susah.... aku tidak pernah sekali menghargai apa sahaja pemberian kau kepada aku... tetapi kau tidak pernah nak marah aku sungguh pun aku bersikap begitu pada kau...kau akan sentiasa menunggu aku jika ada masalah kau akan menyelesaikannya jika aku suka terhadap orang lain kau lah orang tangahnya tetapi aku tidak pernah menghargai itu semu.... sehingga sampai suatu saat aku mendengar berita kau dimasukkan hospital kerana kemalangan jalan raya yang amat mengerikan... kau amat kritikal sangat.... semasa kau koma dan tidak sedarkan diri aku merasakan kehilangan sesuatu yang berharga tetapi aku tidak tahu apa itu.... sehingga hati aku terdetik untuk pergi ke tempat yang kau selalu pergi iaitu di tepi laut.... sesampai sahaja aku disitu aku ternampak sebuah kotak berwarna merah terletak disitu... aku dengan segera kesitu.... lalu aku membuka kotak itu.... alangkah terkejutnya aku melihat isi kandungan didalam kotak itu...sungguh aku tak sangka yang kau menyukai aku didalam diam di dalam nota itu kau coretkan untuk aku "wak... saya tak pernah marah kan awak walaupun sekali.... kerana saya sangat menyayangi awak sebagaimana saya menyayangi kedua ibu bapa saya... awak walaupun awak tidak mencintai saya tapi saya tetap mencintai awak... saya sentiasa menunggu awak.... awak jika saya sudah tidak ada didunia ini lagi saya harap awak jaga diri awk baik-baik ye... masa itu saya tak mampu nak jaga awak kerana saya sudah tidak ada didunia ni lagi tau....awak saya harap jika saya pergi untuk selama-lamanya awak jangan menangis ya kerana semasa itu saya tak mampu untuk bangun dan mengelapkan air mata awak itu dan saya tak mampu lagi membuatkan awak tersenyum lagi.... awak sampai bila-bila pun saya akan tetap tunggu awak... sungguh hati saya takkan pernah berubah wak.... saya sayang awak selamanya..." setelah aku membaca nota itu baru lah aku sedar yang aku telah mengabaikan orang yangterlampau menyayangi aku... sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi aku... aku menangis teresak-esak mengingat kisah lama jika aku menangis seperti ini kau lah orang yang selalu menghiburkan aku tapi sekarang sudah tidak ada orang yang ingin menghiburkan aku... tiba-tiba telifon bimbit aku berbunyi dan aku menjawab.. alangkah gembiranya apabila mendengar berita yang kau telah sedar diri... tanpa melengahkan masa aku terus pergi mendapatkan kau.... setelah sampai di hadapan kau dengan air mata aku menitik lalu aku bebicara dengan nada yang sendu...
perempuan: awak saya mintak maaf kerana selama saya telah melukakan hati awak tanpa saya sedar...
lelaki:hey... kenapa awak nangis nie... saya tak sukalah awak nangis-nangis ni.... awak saya dah lama maafkan awak... awak boleh tak tolong belikan air... air dalam nie dah abis lah...
perempuan:baiklah awak tunggu sekejap ye....
beberapa minit kemudian aku kembali dan membawa air...setelah minum aku bebicara lagi....
perempuan:awak kenapa awak tak pernah jujur ngan saya tentang perasaan awk terhadap saya...
lelaki:awak saya taknak sebabkan perasaan suka saya...kat awak... awak akan benci saya...jadi biarlah saya pendam sahaja perasaan saya nie... saya melihat awak tersenyum itu cukup membahagiakan saya....
setelah mendengar kau kata begitu aku meminta diri untuk solat... setelah kembali dari solat alangkah terkejutnya aku kerana kau telah pergi dari hidup aku untuk selama-lamanya.... semasa itu lah aku menangis semahu-mahunya... semasa itu baru aku terfikirtentang jasa-jasa kau pada diri aku... sungguh aku tak terbalas jasa kau.... sekarang bertapa menyesalnya aku kerana tidak pernah menghargai kau....andai dapat aku undurkan masa itu akan aku hargai diri kau... tetapi sayangnya masa tidak boleh diundur kembali.... hanya dapat aku kirim kan Al-fatihah untuk dirikau semoga roh kau ditempatkan di orang-orang yang beriman... amin...
#HARGAILAH ORANG YANG MENYAYANGI KITA SEBELUM DI PERGI UNTUK SELAMA-LAMANYA.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan